Java Heritage Trail Expedition 2015

java heritage trail 2015
Asraf dan Solehin bergambar bersama delegasi dengan Gabenor di depan Balai Agung Jakarta, Indonesia

Dua orang pelajar SEMESTA Raub menyertai ‘International Friendship Week’ yang diberi tema “Java Heritage Trail Expedition 2015” di Indonesia yang diadakan dari 1-10 November 2015.

Tujuan ekspedisi ini adalah untuk mengumpulkan guru-guru dan pelajar-pelajar dari lima benua, meneroka sejarah dan warisan Indonesia serta berbincang tentang pembelajaran secara kolaborasi antara sekolah-sekolah yang menjadi jemputan program ini.

Antara acaranya adalah seperti ‘History Walk dari Jakarta, Bandung, Cirebon, Yogyakarta, Mojokerto dan Surabaya yang mana mejadi venue bagi UNESCO World Heritages.

Tahniah kepada pelajar Tingkatan 4, Asyraf Irfan b Muhammad Adib dan  Muhammad Solehin b Mustafa Kahiruddin

Leave a Reply