SEMESTA NAIB JOHAN PERTANDINGAN KRIKET WANITA PERTAMA ASTA-SEMESTA

Pasukan kriket perempuan SEMESTA telah menjadi naib johan pertandingan kriket wanita yang pertama yang diadakan di SEMESTA 11-13 Mac 2016.

PENGANJURAN KEJOHANAN KRIKET WANITA

SEMESTA dengan kerjasama ASTA akan menganjurkan pertandingan kriket wanita yang akan berlangsung dari 11 – 13 Mac 2016. Sebanyak 6 sekolah yang akan bertanding, iaitu; SMK Clifford, SM Seri Pekan, Sekolah Gabungan Sekolah-sekolah Pasir Gudang, INTEJ, SEMASHUR dan SEMESTA. Semua dijemput bagi memeriahkan acara ini.

KRIKET SEMESTA JUARA INTER SBP PAHANG

Tahniah diucapkan kepada pasukan kriket SEMESTA yang berjaya menjadi Johan pertandingan kriket inter-sbp Pahang dan akan mewakili SBP Pahang ke pertandingan kriket Piala Tan Sri Hamzah.