Selamat Tahun Baharu 2017

Selamat tahun baharu dari warga SEMESTA. Semoga tahun 2017 lebih baik dari tahun-tahun yang dahulu.

Permohonan ke Tingkatan 4 SBP 

Permohonan murid lepasan PT3 untuk belajar di Sekolah Berasrama Penuh telah dibuka. Tarikh akhir permohonan adalah pada 30 Disember 2016. Sila layari https://sst4.moe.gov.my

Pengumuman PT3 2016

Keputusan peperiksaan PT3 2016 boleh diperolehi seperti ketetapan yang tertera di atas. Perkhidmatan Semakan keputusan PT3 2016 secara atas talian (online) serta melalui sistem pesanan ringkas (SMS) tidak disediakan. Harap maklum

Tawaran ke SEMESTA

Tahniah kepada yang telah terpilih untuk menyertai keluarga SEMESTA Raub 2017. Keputusan tawaran ke SBP dibuka hari ini. Semoga anda akan cemerlang di sini. *sila rujuk ruangan “Bahan-bahan dan Unit HEM” untuk persediaan barang keperluan.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Warga SEMESTA mengucapkan selamat menyambut keputeraan Nabi Muhammad SAW

Semakan Tawaran ke SBP Tingkatan 1

Semakan tawaran persekolahan Tingkatan 1 bagi sekolah-sekolah berasrama penuh boleh dilakukan di alamat, https://sst1.moe.gov.my. Makluman dari web KPM “SEMAKAN TAWARAN DAN e-RAYUAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN SATU SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2017 akan dibuka mulai 14 Disember 2016 hingga 5 Januari 2017″  Harap maklum.