Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat khususnya bagi warga masyarakat yang mempunyai kaitan dengan dunia pendidikan. Pada tarikh ini, negara kita akan menyambut perayaan Hari Guru dengan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk acara kemuncak yakni penganugerahan Tokoh Pendidik.
Pada tahun ini, Johor Darul Takzim telah dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang mana dimulai dengan Pra Pelancaran Hari Guru telah berlaku di PWTC pada 30 April 2017.
Festival Hari Guru akan bermula dari 12-16 Mei 2017 di Johor Bahru, Johor.
Maklumat lanjut sila layari http://jpnjohor.moe.gov.my/hariguru2017/