Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sesuai dengan moto sekolah iaitu; Ilmu, Amal, Budi harus dijadikan pegangan buat murid-murid kerana kejayaan masa depan negara bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Modal insan yang ingin dilahirkan ini perlu memiliki ilmu pengetahuan, keimanan yang utuh, berbudaya kerja yang cemerlang dan jati diri yang mantap.Sehubungan dengan itu, sekolah mempunyai tugas yang besar bagi memastikan hasrat murni negara dapat direalisasikan.
Kepada para guru, sekalung tahniah dan jutaan penghargaan saya berikan kerana berjaya memimpin tangan anak-anak di sekolahtercinta ini ke arah kejayaan. Kita bukan sahaja ingin menjadikan anak-anak cemerlang akademik tetapi cemerlang sahsiah, peribadi dan mempunyai jati diri yang utuhlagi kental untuk berhadapan dengan arus globalisasi masa ini.
Akhirulkalam buat seluruh warga Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah,semoga kita bersama-sama bagai aur dengan tebing untuk meneruskan usaha murni dalam memartabatkan nama sekolah bukan sahaja di negeri Pahang, malah juga di seluruh negara. Insya-Allah misi dan visi kita tercapai suatu hari nanti.
Sekian, terima kasih.
SITI MARIAM BINTI SHAMSUDIN @ BAHARUM
(PENGETUA SMS TENGKU ABDULLAH)