ALUAN PENGETUA

 

pengetua hj ali (2)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Salam 1Malaysia. Salam Perpaduan. Salam warga SEMESTA.

Sesungguhnya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga SEMESTA dari dahulu hingga kini yang bersama-sama membangunkan SEMESTA. Sebagai Pengetua sekolah ini, yang menjadi sebutan dan harapan setiap murid, ibu bapa dan komuniti, saya mesti memastikan kecemerlangan lestari untuk sekolah ini.

Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh SEMESTA haruslah dijaga dan dipertahankan. Kelangsungan kejayaan SEMESTA sudah semestinya datangnya daripada kerjasama semua pihak seperti guru-guru, kaki tangan sokongan, pekerja, PIBG dan ibu bapa serta murid-muridnya.

Slogan “Berilmu, Beramal, Berbudi” menjadi satu kata keramat untuk dihayati oleh seluruh warga sekolah ini. Saya yakin dan penuh harapan agar kejayaan sekolah ini  berterusan pada masa- masa akan  datang.

Wassalam

TUAN HAJI ALI BIN ALIAS

(Pengetua SM Sains Tengku Abdullah, Raub)

email: ali.alias@moe.edu.my dan hajiali@semesta.edu.my

 

Sekolah Berprestasi Tinggi KPM