Keberangkatan KDYMM Tengku Mahkota Pahang ke Raub

Warga SEMESTA merafak sembah mengucapkan selamat datang kepada KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA PAHANGTengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, mencemar Duli untuk berkunjung ke Raub di dalam beberapa program di daerah ini yang mana antaranya adalah menyempurnakan program perasmian Masjid Gali Tengah. Program dijadualkan pada hari Khamis, 18 Mei 2017.

Festival Hari Guru 2017

Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat khususnya bagi warga masyarakat yang mempunyai kaitan dengan dunia pendidikan. Pada tarikh ini, negara kita akan menyambut perayaan Hari Guru dengan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk acara kemuncak yakni penganugerahan Tokoh Pendidik.

Motivasi Daerah

Program yang dijadualkan pada 13 April ini akan dihadiri oleh calon-calon berpotensi cemerlang dari semua sekolah-sekolah daerah Raub. *Perasmi diganti dengan ENCIK MUHAMMAD AZRA BIN ABD WAHAB

Majlis Anugerah Cemerlang & Mesyuarat Agung PIBG ke-32

  Kepada semua ibubapa/penjaga murid-murid SM Sains Tengku Abdullah dijemput untuk menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang  2017 dan Mesyuarat Agong PIBG SEMESTA. Surat jemputan dan surat usul untuk Mesyuarat Agung PIBG boleh diperolehi dipautan ini  http://semesta.edu.my/index.php/download/mesyuarat-agung-pibg-20172018/ *Perasmi jemputan telah ditukar dengan En Fakhrul Hatta b Musa. Harap maklum

Keputusan SPM 2016 

Tarikh rasmi keputusan peperiksaan SPM 2016 telah diumumkan pada 16 Mac 2017.

Kejohanan Sukan Tahunan SEMESTA

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan acara kejohanan ini. Sukantara akan berjalan dari 6-9 Mac 2017.

Permohonan UPU

Perhatian kepada pelajar SEMESTA SPM 2016. Permohonan UPU telah dibuka sekarang. 

Tahun Baru Cina 2017

  Warga SEMESTA mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2017

Kejohanan Merentas Desa SBP/SEMESTA 2017

Kejohanan seluruh SBP Malaysia yang akan berlangsung serentak pada Sabtu 21 Januari 2017.