Program Motivasi SPM/PT3 2017

Program motivasi untuk murid-murid SEMESTA Permata SPM dan PT3 yang diadakan di kem BTN Kuala Lipis dari 17-19 Februari 2017. Semoga program ini memberi impak yang positif untuk murid-murid SPM/PT3 pada tahun ini

LADAP Transformasi PdP Abad 21

Latihan Dalam Perkhidmatan bagi semua guru “Transformasi Pengajaran dan Pengajaran Abad 21” yang disampaikan oleh Hajah Rozaini (SMK Seri Raub).

Pahang Chemistry Carnival

Program Karnival Kimia Negeri Pahang yang diadakan di UIA Kuantan.

Ceramah Pemakanan Sihat

Program dengan kerjasama pihak Hospital Raub yang dihadiri oleh murid-murid dan kakitangan sekolah.

Majlis Pengumuman PT3 2016

Majlis yang diadakan di Dewan Besar Semesta dan disampaikan oleh Tuan Pengetua, Tn Haji Ali bin Alias.

MAG 2016

Majlis tahunan gilang gemilang yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh warga SEMESTA.  Majlis Anugerah Gemilang pada tahun ini diadakan di Dewan AsSyathir dan dirasmikan oleh wakil ASTA, En. Hasnal.  Tahniah Rumah KEJORA, menjadi ‘House of The Year’ pada tahun ini…!!! Suasana majlis gilang gemilang ini….

Program BADAR-UKM

Program jalinan dengan Fakulti Pengajian Islam UKM, Bangi yang diadakan selama sehari semalam. Berbagai perkongsian yang dijalankan. Semoga anak-anak SEMESTA mendapat ilmu yang bermanfaat.   

Kursus Pengurusan Jenazah

Kursus pengurusan jenazah wanita oleh Ustazah Fatimah yang diadakan di surau SEMESTA. 

Kursus Haji Tingkatan 4

Amali ibadat haji bagi murid Tingkatan 4 dijayakan oleh Panitia Pendidikan Islam, dengan facilitator nya Ustaz Wan dan Sir Imran. 

Kursus/Amali Haji SEMESTA 2016

Amali ibadat Haji yang dijalankan oleh Panitia Pendidikan Islam