ASTA Royal Gala 2018, makan malam amal bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Klinik ragbi yang dikendalikan oleh ASTA 2016. Semoga program ini memberi impak yang amat besar kepada pasukan ragbi SEMESTA . Gambar
Kuliah Subuh dengan kerjasama ASTA oleh Saudara Miswan yang menyentuh tentang tanggungjawab pelajar dalam menuntut ilmu. Semoga memberi pengajaran yang berguna .
Program motivasi untuk murid-murid Tingkatan Dua yang dikelolakan oleh ASTA. Program yang melibatkan Team Al-hunafa’ juga merupakan perunding motivasi ini dijalankan selama dua hari. Semoga ia memberi impak yang besar untuk permata SEMESTA ini.
Majlis yang diadakan untuk meraikan Permata SPM 2017 ini telah berlangsung dengan amat meriah dan bermakna. Antara pengisian majlis adalah seperti solat hajat, gimik penyerahan anak kepada ibubapa, cabutan bertuah dan persembahan pelajar. Terima Kasih diucapkan kepada Pihak Pentadbir, PIBG, ASTA, GURU-GURU dan AKP serta IBUBAPA/PENJAGA murid yang hadir bersama-sama meraikan Anak2 PERMATA SPM 2017. […]
Acara larian dan berbasikal RUNSTA 2017 yang telah diadakan dengan jayanya. Terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Tahniah kepada para pemenang, tahniah kepada peserta larian dan berbasikal. Jumpa lagi di lain kali. *klik pada gambar untuk dibesarkan *lagi gambar-gambar di https://www.facebook.com/runstaback2semesta
Ceramah keselamatan siber oleh CMCF, yang diadakan sempena dengan RUNSTA 2017. Semoga memberi manfaat kepada seluruh warga SEMESTA.
Mesyuarat ASTA dengan AJK yang terlibat dengan larian RUNSTA – BACK2SEMESTA.
Mesyuarat yang diadakan bersama-sama dengan wakil Polis Raub, PPD Raub, wakil kawasan, pihak sekolah dan ASTA berbincang tentang program SEMESTA Run dan Cycle 2017.