Taklimat AFS 2018

Taklimat program AFS 2018 yang berlangsung di Dewan Besar SEMESTA.  Untuk maklumat lanjut tentang program boleh layari web AFS. Gambar

PERHATI Zon

Program PERHATI Yayasan Pahang bagi guru penyelaras peringkat Zon Pahang Barat, diadakan di Dewan Besar SEMESTA .

Kompang dan Gamelan SEMESTA

Pasukan kompang dan gamelan SEMESTA di majlis kenduri masyarakat sekitar.  Majlis bersama YM Tengku Amir Shah yang meraikan perkahwinan dua anakanda beliau.

Ceramah Motivasi Perdana

Program Ceramah Motivasi Perdana yang disampaikan oleh Tuan Haji Baharuddin, Pengetua SBPI Selandar, Melaka.  Ceramah ini juga dihadiri oleh guru-guru dan AKP.  Gambar 

Ceramah Kerjaya Petronas

  PROGRAM CERAMAH KERJAYA OLEH PETRONAS bertempat di KLCC. Penyertaan dan penglibatan pelajar SEMESTA (ahli PRS) dengan diiringi oleh Kaunselor, En. Sumardi Bin Hassan. Semoga program ini memberi manafaat yang boleh di sebar luas di kalangan pelajar SEMESTA terutama Pelajar Tingkatan 4 yang akan menduduki SPM 2018.

Hi-Tea Tingkatan 3

Program lawatan ilmiah dan hi-tea murid-murid Tingkatan 3. TERIMA KASIH PIBG atas sumbangan kewangan membiayai sewa 3 buah Bas dan perbelanjaan PERMATA PT3. PIBG menjana kecemerlangan akademik pelajar-pelajar SEMESTA.

Ceramah Kanser

Program kesedaran kanser yang disampaikan oleh Breast Cancer Welfare Association (BCWA) Malaysia.  Program disertai oleh guru-guru dan AKP bersama dengan murid-murid. Program dikira sebagai LADAP.

Larian MTAB 2017

Program larian anjuran Masjid Tengku Abu Bakar, Raub yang disertai juga oleh murid-murid SEMESTA seramai 70 orang bersama dengan beberapa guru dan AKP. Tahniah kepada yang berjaya menghabiskan larian.

Taklimat Talasemia

Taklimat ringkas ujian talasemia oleh Jabatan Kesihatan Raub kepada murid-murid Tingkatan Empat. 

Bengkel Galaksi Matematik Tambahan

Bengkel Matematik Tambahan daripada Syarikat Galaksi. Bengkel dijalankan oleh Pn. Chew dan dihadiri oleh murid-murid Tingkatan 4 dan murid-murid dari Tingkatan 5 Kumpulan Ibnu Sina. Semoga bengkel ini memberi banyak manfaat.