Program Jelajah Sekolah BLINK

Program Jelajah Sekolah oleh syarikat penerbitan buku Blink di Sanggar Bicara. Antara acaranya adalah pameran buku dan bicara penulisan kreatif yang disampaikan oleh Encik Khairul Kamarudin. Murid-murid yang terlibat adalah dari kelas 1.2, 1.4 dan 1.5.  

Ceramah IPD

Ceramah tentang gejala buli oleh Ketua Balai Polis Daerah Raub kepada murid-murid SEMESTA. Semoga membawa manfaat. 

Thalassemia

Ceramah dan ujian darah untuk penyakit thalassemia. Program dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Raub dari pukul 9pg – 11pg. Murid yang terlibat adalah Tingkatan Empat. Semoga bermanfaat.

Intervensi Matematik Tambahan

Program Intervensi Matematik Tambahan di SMAP Bentong. 

Ketua Pengawas SEMESTA Dalam BH

Artikel Berita Harian Edisi Timur tentang Ketua Pengawas SEMESTA

Mesyuarat RUNSTA 2017

Mesyuarat yang diadakan bersama-sama dengan wakil Polis Raub, PPD Raub, wakil kawasan, pihak sekolah dan ASTA berbincang tentang program SEMESTA Run dan Cycle 2017.

Acara Sepanjang Ramadhan

Berbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan Ramadan, semoga keberkatan Ramadan kekal sehingga Ramadan tahun hadapan. InsyaAllah. Antara acaranya adalah: Ceramah Ramadan oleh PU Mizi Tadarus  Berbagai sumbangan dari Jabatan dan NGO Peraduan-peraduan Ramadan 

Keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang ke Raub

Sempena keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah ke Daerah Raub, beberapa program telah disertai oleh para pelajar SEMESTA. DAULAT TUANKU 

Program Kemasyarakatan

Dua program kemasyarakatan yang berjalan serentak pada hari ini. Program Audit solat yang diadakan di Masjid Gali dengan penceramahnya Imam 1 Masjid Gali. Program juga disertai oleh beberapa anak-anak tempatan disekitar.  Program Cakna Warga Emas adalah program lawatan dan beramah mesra dengan warga emas juga memberi sumbangan di rumah warga emas Raub.

Ceramah Pergigian

Ceramah kesihatan pergigian oleh Jabatan Kesihatan Raub yang diadakan sebelum pelajar pulang bermalam. Penceramah adalah Dr. Mohd Adib B Redzuan Lee.