AKRAB

Program satu hari dengan kerjasama Persatuan Pelajar Farmasi UiTM. Program termasuklah bengkel dan penerangan tentang Kursus Farmasi di UiTM Shah Alam.   

Futsal Bank Islam/Institusi Pendidikan Raub

Pertandingan futsal anjuran Bank Islam Raub yang disertai oleh beberapa sekolah di Daerah Raub dan pasukan Bank Islam Raub.

Muttaqa Daerah Raub 2017

Pada hari yang sama sebelah petang, program Muttaqa Guru Pendidikan Islam Daerah Raub dijalankan di Dewan Besar.

Majlis Pengagihan Pelan Data Guru & Peranti Yes

Majlis pengagihan pelan data guru dan peranti Yes untuk lima daerah negeri Pahang telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Hj Shahiruddin B Ab Moin.

Jalinan Komuniti

Pasukan kompang SEMESTA yang dijemput bersama memeriahkan majlis keraian setempat

PROGRAM BENGKEL PETAH BICARA HKSBP TAHUN 2017

Program anjuran KELAB BAHAS DAN DEBATE BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SEMESTA RAUB DENGAN KERJASAMA KELAB DEBAT UiTM RAUB

Pelancaran Program Jom ke Sekolah

Pelancaran program Jom ke Sekolah peringkat sekolah. Tuan ASP Johari bin Mat Jais, Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Raub merangkap Pegawai Perhubungan sekolah telah merasmikan program ini.

Pertemuan/Mesyuarat SEMESTA dan ASTA

  Mesyuarat atau pertemuan antara ahli tertinggi Persatuan Alumni SEMESTA (ASTA) dengan Pengetua, para PK dan penyelaras-penyelaras tingkatan. Antara perkara yang dibincangkan adalah seperti sumbangan ASTA dan program-program ASTA yang melibatkan sekolah.

Ceramah Pemakanan Sihat

Program dengan kerjasama pihak Hospital Raub yang dihadiri oleh murid-murid dan kakitangan sekolah.

Program BADAR-UKM

Program jalinan dengan Fakulti Pengajian Islam UKM, Bangi yang diadakan selama sehari semalam. Berbagai perkongsian yang dijalankan. Semoga anak-anak SEMESTA mendapat ilmu yang bermanfaat.