Iftar Jam’i 2018

Pihak pengurusan sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program iftar, khatam Quran dan majlis sumbangan ASTA.

Hari Terbuka Asrama 2018

Program berlangsung dalam keadaan yang meriah dengan berbagai aktiviti seperti aktiviti zumba,  jualan , acara rebut kerusi, pameran busking, kompang, lawatan aspuri dan aspura serta street soccer. Program telah berakhir pada pukul 6.30 petang. Tahniah kepada unit HEM dan semua yang terlibat.

Jamuan Tingkatan 4

Jamuan murid-murid Tingkatan Empat yang diadakan di Dewan AsSyathir. 

Pelancaran SEMESTA Sejahtera

Pelancaran program SEMESTA Sejahtera yang berlangsung di Dewan Besar. Program yang diharapkan dapat menjadikan SEMESTA sebagai institusi ilmu yang bebas dari gejala buruk seperti buli dan sebagainya. Nantikan webpage khas untuk program ini nanti .

Program Pengurusan Konflik Sekolah

  PROGRAM PENINGKATAN PROFESSIONALISME GURU BAGI PENGURUSAN KONFLIK SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH RAUB TAHUN 2018. Program dijalankan di DEWAN AD-DARIMI, PPD RAUB. SEMESTA DIWAKILI OLEH EN. NAZRI ABDUL SAMAT (SU DISIPLIN) dan EN. ADI AHMAD (PENYELIA KANAN ASRAMA) Diharapkan pengurusan disiplin murid dan asrama SEMESTA bertambah mantap menerusi program ini.

Ceramah Motivasi Daerah

Program ceramah motivasi untuk murid-murid SPM dan PT3 Daerah Raub. Ceramah disampaikan oleh En Solehin Razali. Program diadakan di Dewan Besar SEMESTA dan SEMESTA disertai oleh semua murid-murid Tingkatan Lima dan Tingkatan Tiga.

PERHATI Zon

Program PERHATI Yayasan Pahang bagi guru penyelaras peringkat Zon Pahang Barat, diadakan di Dewan Besar SEMESTA .

Program Kemahiran Belajar

Program kemahiran belajar untuk murid-murid Tingkatan Satu dan Dua bersama dengan En Esa Abd Samad, Guru Kaunseling SBPI Rawang.  Semoga program ini memberi impak positif yang amat banyak kepada murid-murid ini. Gambar 

Program Motivasi Tingkatan 3

Program motivasi murid-murid Tingkatan Tiga yang berlangsung di Kem Budu, Benta. Perasmian penutup disempurnakan oleh Presiden ASTA, En Azahari B Ros.  Gambar  

Mesyuarat Agung PIBG 2018

  Mesyuarat Agung 2018 yang berlangsung pada hari ini. Semoga barisan kepimpinan sedia ada dan AJK yang baharu dilantik dapat menjalankan peranan yang cemerlang demi kegemilangan SEMESTA . Perasmian penutup dirasmikan oleh En Azahari B Ros, Presiden ASTA. Gambar