Persidangan Ketua Murid & Penolong Ketua Murid

Persidangan ini diadakan di Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya dan SEMESTA diwakili oleh Muhammad Danial Haikal dan Erisya Norqistina. Berbagai aktiviti yang disediakan bersempena dengan persidangan ini. Gambar

Pendaftaran Ambilan ke-2 SEMESTA

Pendaftaran murid-murid baharu Tingkatan satu ambilan ke-2 dan Tingkatan empat. Gambar

Motivasi Fajar

Kuliah Subuh dengan kerjasama ASTA oleh Saudara Miswan yang menyentuh tentang tanggungjawab pelajar dalam menuntut ilmu.  Semoga memberi pengajaran yang berguna .

Kem Motivasi Titian Samara (Tingkatan 5) 2018

Program motivasi dengan kerjasama ASTA telah dijalankan selama 3 hari yang melibatkan murid-murid Tingkatan 5. Kem Motivasi Titian SAMARA (Sakinah, Mawaddah dan Rahmah) oleh Persatuan Al-Hunafa yang menekankan kepada penerapan nilai-nilai murni pelajar untuk menjadi insan yangh cemerlang. Diharapkan program ini memberi impak positif yang amat besar kepada murid Tingkatan 5 yang bakal menghadapi SPM […]

PIBG Talk

 BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 1 – MINGGU ORIENTASI SABTU 13/1/201810.00 – 11.30 PagiDEWAN BESAR SEMESTA Kehadiran semua AJK PIBG (IBUBAPA) sangat dialu-alukan demi memantapkan lagi Jati Diri Pelajar Baru serta memotivasikan mereka dalam mengharungi dunia kehidupan di SBP.

Pendaftaran Tingkatan 1

 Pendaftaran murid-murid baharu Tingkatan 1 2018-2022. Selamat datang dan tahniah kepada murid-murid dan para ibubapa mereka. Semoga menjadi titik mula kejayaan dan kecemerlangan.  Gambar Hari Pendaftaran Gambar Minggu Orientasi

Perhimpunan Akhir 2017

Perhimpunan rasmi terakhir untuk tahun 2017. Ucapan dan pesanan dari Tuan Pengetua sebelum murid-murid SEMESTA mula bercuti panjang.  SELAMAT BERCUTI KEPADA PERMATA SEMESTA…!!

Titian Samara

Program motivasi untuk murid-murid Tingkatan Dua yang dikelolakan oleh ASTA. Program yang melibatkan Team Al-hunafa’ juga merupakan perunding motivasi ini dijalankan selama dua hari.  Semoga ia memberi impak yang besar untuk permata SEMESTA ini.

MARIKH Juara…

Anugerah Sistem Rumah SEMESTA 2017 telah sampai kemuncaknya pada hari ini, dan rumah yang menjadi “House of the Year” dengan rasminya digenggam oleh MARIKH.  Tahniah…  Sila Klik Gambar Program.

Ceramah Kanser

Program kesedaran kanser yang disampaikan oleh Breast Cancer Welfare Association (BCWA) Malaysia.  Program disertai oleh guru-guru dan AKP bersama dengan murid-murid. Program dikira sebagai LADAP.