COC 2017

Program ‘Coaching of Coordinator’ anjuran SBP yang berlangsung di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.  Diwakili oleh 4 orang pengawas dan En Wan Azlan sebagai guru pengiring. 

Hi-Tea Pengawas 2017

Majlis Hi-Tea untuk meraikan sumbangan Pengawas-Pengawas Tingkatan 5 yang akan menamatkan persekolahan mereka di SEMESTA sebagai tanda ucapan terima kasih selepas memberikan khidmat bakti mereka selama 5 tahun.

Program Lawatan dan Hi-Tea Tingkatan 4

Program lawatan Ilmiah, kerjaya dan hi-tea untuk murid-murid Tingkatan 4 ke UPM.

Anugerah Ahli Majlis Perwakilan Kanak-kanak

 Tahniah kepada HAZIQ AL-SADIQIN BIN BAKRI kerana telah dianugerahkan oleh Kementerian Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang dengan Anugerah Ahli Majlis Perwakilan Kanak-kanak Terbaik negeri Pahang. Majlis telah berlangsung di Bentong, Pahang bersempena dengan Bulan Kebajikan Negara 2017. Tahniah, semoga beliau terus cemerlang. 

Majlis Tautan Kasih 2017

Majlis yang diadakan untuk meraikan Permata SPM 2017 ini telah berlangsung dengan amat meriah dan bermakna. Antara pengisian majlis adalah seperti solat hajat, gimik penyerahan anak kepada ibubapa, cabutan bertuah dan persembahan pelajar. Terima Kasih diucapkan kepada Pihak Pentadbir, PIBG, ASTA, GURU-GURU dan AKP serta IBUBAPA/PENJAGA murid yang hadir bersama-sama meraikan Anak2 PERMATA SPM 2017. […]

Kem Motivasi Tingkatan 2

Kem motivasi untuk murid-murid Tingkatan Dua yang diadakan di Kela Adventure Camp, Hulu Sungai, Raub. Kem selama dua hari satu malam ini dijalankan untuk mengujudkan semangat setiakawan antara pelajar dan meningkatkan motivasi diri dan sahsiah.  Semoga program ini memberi banyak manfaat kepada murid-murid ini. Gambar sepanjang program.

Ujilari UKSBP 2017

Ujilari UKSB 2017 yang melibatkan 60  orang pelajar Tingkatan 1. 

Ceramah IPD

Ceramah tentang gejala buli oleh Ketua Balai Polis Daerah Raub kepada murid-murid SEMESTA. Semoga membawa manfaat. 

Santai Ilmiah

AKTIVITI SANTAI ILMIAH‘EXPLORACE PRS 2017’ untuk– PELAJAR TINGKATAN 1 &2 pagi ini disekitar kawasan sekolah. Tahniah Unit Bimbingan & Kaunseling serta Pasukan PRS (pembimbing Rakan Sebaya) SEMESTA

Acara Sepanjang Ramadhan

Berbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan Ramadan, semoga keberkatan Ramadan kekal sehingga Ramadan tahun hadapan. InsyaAllah. Antara acaranya adalah: Ceramah Ramadan oleh PU Mizi Tadarus  Berbagai sumbangan dari Jabatan dan NGO Peraduan-peraduan Ramadan