IDRIS 2017

IDRIS 2017 atau International Design Research & Innovation Symposium 2017 yang diadakan di KL Convention Center. Semoga SEMESTA beroleh kejayaan di simposium ini.

Kriket Liga Juara Sekolah

Pasukan kriket perempuan SEMESTA telah dinobatkan sebagai juara setelah mengalahkan pasukan dari SMK Seri Pekan dalam kejohanan Kriket Liga Juara Juara Sekolah.

Choral Speaking Zon A

Pertandingan Choral Speaking SBP bagi Zon A yang telah diadakan di Sekolah Seri Puteri,  Cyberjaya.  SEMESTA menerima Silver Award dalam pertandingan tersebut.

Johan Bola Jaring Daerah

Pasukan bola jaring SEMESTA menjadi johan untuk kedua-dua kategori yang dipertandingkan oleh MSSD Raub. Tahniah… Semoga terus maju.

Nilam 2017 dan Bulan Bahasa

Pelancaran Bulan Bahasa dan Program Nilam peringkat sekolah. Perasmian disempurnakan oleh Tuan Pengetua dan diserikan oleh beberapa persembahan pelajar. 

Pandu Puteri Daerah

Perkhemahan Pandu Puteri Daerah Raub yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Dong dari 14-16 April. 

MIYIO 2017

Malaysian International Young Inventor’s (MIYIO) 2017, program tahunan yang diadakan di Pulau Pinang. SEMESTA diwakili oleh 4 pasukan. Semoga beroleh kejayaan. 

Pasukan Hoki Perempuan

Pasukan hoki perempuan menduduki tempat ke-dua di dalam kejohanan MSSD Daerah Raub. Keputusan berdasarkan mata. Semesta(0) Tersang (1) Semesta (1) Sungai Ruan (0) Semesta (1) Mahmud (0)

Pembentangan Pameran Inovasi

Pembentangan inovasi murid yang bakal dibawa ke IDRIS 2017 (Innovation Design and Research International Symposium) yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 23-25 April 2017. Pembentangan mengantikan perjumpaan Kokurikulum pada hari ini.

KESUMA 2017

Program tahunan KESUMA atau Kursus Kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Sistem Rumah yang diadakan selama empat hari ini  di SUPERB bagi Zon A.