Hoki Daerah Raub 2018

Pasukan hoki perempuan SEMESTA telah berjaya menduduki tempat ke-3 di dalam kejohanan hoki Daerah Raub 2018. Pasukan hoki lelaki kurang bernasib baik pada kali ini. Tahniah.  

ANUGERAH HARTA INTELEK ZON TIMUR

Anugerah Harta Intelek 2018 Peringkat Zon Timur menyaksikan SEMESTA berjaya mendapat anugerah gangsa di dalam kategori Perekacipta Muda Sekolah Menengah.  Tahniah kepada guru-guru dan murid-murid yang terbabit.  Gambar

Karnival HIP Raub 2018

Karnival HIP Daerah Raub 2018 dengan tema Fun For All, All For Fun telah diadakan di SMK. TENGKU KUDIN. SEMESTA diwakili oleh 10 orang pelajar Tingkatan 1 dan 2 sebagai peserta bersama 2 orang pelajar Tingkatan 4 sebagai Fasilitator serta dibantu oleh 3 orang Guru Bahasa Inggeris telah memeriahkan lagi program ini serta menjulang nama […]

Johan Catur B15 Daerah

Tahniah kepada seorang pelajar Tingkatan 2 SEMESTA kerana berjaya menjadi Johan Catur Daerah Raub. Beliau akan mewakili daerah untuk pertandingan catur peringkat negeri.

Bengkel Bahas

Bengkel bahas Bahasa Melayu diadakan di Bilik Mesyuarat Al Ghazali. Bengkel adalah sebagai persediaan HKSB. Semoga bengkel ini memberi manafaat kepada pasukan bahas SEMESTA. 

Debate Simulation

Simulasi pertandingan debat bahasa Inggeris yang diadakan di Dewan Besar dan Perpustakaan. Program persediaan HKSBP yang bakal berlangsung dari 2-6 Julai nanti. Semoga program ini memberi impak positif.  

Pertandingan Slogan Antidadah

Pertandingan mencipta slogan anti dadah sempena dengan pelancaran kempen anti dadah peringkat sekolah .

Jambori Pengakap Negeri Pahang 2018

Jambori Pengakap Negeri Pahang 2018 yang diadakan di Kem Pengakap Tengku Mahkota, Bandar Tun Abdul Razak, Maran.

Running Math 2018

Tahniah kepada pasukan SEMESTA yang menyertai pertandingan Running Math yang dianjurkan oleh MSU dan diadakan di MRSM Bentong. SEMESTA berjaya membawa pulang wang tunai RM500 setelah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Running Math.  Manakala dalam pertandingan kuiz individu pula, 7 orang peserta SEMESTA berjaya mendapat pingat emas.

SEMESTA Debate Workshop

  Program Anjuran Panitia Bahasa Inggeris dengan Kerjasama Bekas Pembahas HKSBP SEMESTA dan SUPERB.