Juara Shield VI Premiers 10s

Tahniah kepada MAVERICK bawah 17, kerana berjaya menjadi johan kategori Shield dalam pertandingan ragbi VI Premiers 10s U17. Maverick bawah 15 berakhir dalam kumpulan.  Gambar dan video

Bola Keranjang Zon Timur

Tahniah kepada pasukan bola keranjang perempuan SEMESTA yang mendapat tempat ke-3 dalam kejohanan bola keranjang SBP Zon Timur di SM Sains Dungun.

Perkhemahan Bersepadu SBP Pahang

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SBP, Pahang yang mana SEMESTA menjadi tuan rumah telah berlangsung di Tapak Perkhemahan, RAMD ke-25 Bentong.  SEMESTA diwakili oleh 80 orang murid-murid Tingkatan Lima dan Empat bersama-sama dengan murid-murid dari lima lagi SBP seluruh negeri Pahang.  Perasmian penutup disempurnakan oleh Presiden ASTA, En Azhari Rose Semoga program ini dapat meningkatkan jati […]

Pandu Puteri Daerah

Perkhemahan pasukan Pandu Puteri peringkat daerah Raub yang diadakan di pusat latihan PLKN Benum Hill, Raub.

Minggu Sains Negara Peringkat Negeri

SEMESTA dijemput untuk pameran inovasi sempena dengan Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Pahang. Selamat maju jaya SEMESTA . Gambar 

Klinik Ragbi ASTA 2018

Klinik ragbi SEMESTA bersama ASTA Maverick. Seramai 76 orang pelajar mengikuti program ini yang bermula dari 830 pagi sehingga jam 5 ptg. Terima kasih kpd 10 org ASTA diketuai oleh saudara Saiful batch ’86. Gambar

Ragbi Persahabatan

SEMESTA dikunjungi oleh pasukan ragbi dari SUPERB, Bentong. Perlawanan persahabatan ini merupakan persediaan ke VI 10s. Bagi pasukan U17  Semesta 5 – Superb 12 dan pasukan U15 pula Semesta 10- Superb 10.

Kejohanan Olahraga Daerah 2018

Kejohanan olahraga Daerah Raub yang berlangsung selama 3 hari menyaksikan SEMESTA berjaya mendapat beberapa pingat dalam acara-acara yang dipertandingkan. Gambar Pingat Jumlah Pungutan EMAS 4 PERAK 9 GANGSA 6 

Majlis Watikah Pelantikan Penolong Pesuruhjaya dan Pemimpin Pengakap

Majlis watikah pelantikan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah dan Pemimpin Pengakap Sekolah Daerah Raub 2018 telah diadakan di SKUG. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Daerah Raub merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Daerah Raub, En Nor Ahmad. SEMESTA diwakili oleh En Mohamad Firdaus .

Juara Kriket SBP Pahang

Tahniah diucapkan kepada pasukan kriket SEMESTA yang berjaya meraih juara dalam pertandingan kriket SBP peringkat negeri Pahang .  SEMESTA telah menewaskan INSTAR  98-63 dalam perlawanan akhir.