Pengumuman PT3 2016

Keputusan peperiksaan PT3 2016 boleh diperolehi seperti ketetapan yang tertera di atas. Perkhidmatan Semakan keputusan PT3 2016 secara atas talian (online) serta melalui sistem pesanan ringkas (SMS) tidak disediakan. Harap maklum

Tawaran ke SEMESTA

Tahniah kepada yang telah terpilih untuk menyertai keluarga SEMESTA Raub 2017. Keputusan tawaran ke SBP dibuka hari ini. Semoga anda akan cemerlang di sini. *sila rujuk ruangan “Bahan-bahan dan Unit HEM” untuk persediaan barang keperluan.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Warga SEMESTA mengucapkan selamat menyambut keputeraan Nabi Muhammad SAW

Semakan Tawaran ke SBP Tingkatan 1

Semakan tawaran persekolahan Tingkatan 1 bagi sekolah-sekolah berasrama penuh boleh dilakukan di alamat, https://sst1.moe.gov.my. Makluman dari web KPM “SEMAKAN TAWARAN DAN e-RAYUAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN SATU SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2017 akan dibuka mulai 14 Disember 2016 hingga 5 Januari 2017″  Harap maklum.

Selamat Bercuti

Selamat bercuti kepada semua pelajar-pelajar SEMESTA. Semoga bertemu ditahun hadapan dengan azam dan tekad yang lebih baik demi menaikkan pencapaian sekolah yang dicintai ini.

Selamat Menduduki SPM 2016

Kepada Permata SPM 2016 diucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2016 yang akan bermula pada 7 November 2016. Semoga beroleh keputusan yang gemilang dan mengharumkan nama sekolah, guru dan keluarga.

Selamat Menduduki PT3

Selamat menduduki Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 untuk semua murid Tingkatan 3 2016

Permohonan ke SBP 2017

Bagi ibubapa dan penjaga yang berminat untuk menyekolahkan anak-anak jagaan di SBP, tarikh permohonan untuk murid ke Tingkatan 1 ialah 15 Oktober dan Tingkatan 4 ialah 1 Disember 2016 (rujuk imej di atas). Permohonan dibuat secara atas talian di www.moe.gov.my Harap maklum

PROGRAM JARINGAN ANTARABANGSA SEMESTA/SENRI SENIOR HIGH SCHOOL 

Program jaringan antara SEMESTA dengan Osaka Prefectural Senri Senior High School, Osaka, Jepun