ANUGERAH DARI MCA

Cikgu Ismail Ibrahim telah dianugerahkan “Volunteer of the Year” oleh Malaysian Crickets Association (MCA) kerana sumbangannya dalam sukan kriket. Anugerah disempurnakan di Bukit Jalil Golf & Country Resort oleh YAM Tunku Tan Sri Imran.

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2016

Semua ibubapa murid SEMESTA, Raub dijemput hadir ke majlis anugerah ini yang akan dilangsungkan pada 29 April 2016.

I-ENVEX 2016

SEMESTA mendapat 4 Anugerah Emas dan 3 Anugerah Perak dalam pertandingan inovasi dan rekacipta Sains i-Envex 2016.

SEMESTA NAIB JOHAN PERTANDINGAN KRIKET WANITA PERTAMA ASTA-SEMESTA

Pasukan kriket perempuan SEMESTA telah menjadi naib johan pertandingan kriket wanita yang pertama yang diadakan di SEMESTA 11-13 Mac 2016.

Pelancaran Program NILAM

Program Nilam peringkat sekolah, dirasmikan oleh Tuan Pengetua. Bersama dengan guru-guru adalah seorang pegawai PKG, En Nazrin Abd Samad dari PKG Bandar.

PENGANJURAN KEJOHANAN KRIKET WANITA

SEMESTA dengan kerjasama ASTA akan menganjurkan pertandingan kriket wanita yang akan berlangsung dari 11 – 13 Mac 2016. Sebanyak 6 sekolah yang akan bertanding, iaitu; SMK Clifford, SM Seri Pekan, Sekolah Gabungan Sekolah-sekolah Pasir Gudang, INTEJ, SEMASHUR dan SEMESTA. Semua dijemput bagi memeriahkan acara ini.

KRIKET SEMESTA JUARA INTER SBP PAHANG

Tahniah diucapkan kepada pasukan kriket SEMESTA yang berjaya menjadi Johan pertandingan kriket inter-sbp Pahang dan akan mewakili SBP Pahang ke pertandingan kriket Piala Tan Sri Hamzah.

Gong Xi Fat Cai

Warga SEMESTA mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina 2016

Bola Jaring Juara Daerah

Pasukan bola jaring telah menjuarai kejohanan bola jaring peringkat daerah Raub di dalam kedua-dua kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Bawah 15 tahun dan Kategori Bawah 18 tahun. Tahniah semoga keputusan cemerlang akan dicatatkan juga di dalam kejohanan SBP Pahang di SUPERB nanti.