Jambori Pengakap Negeri Pahang 2018 yang diadakan di Kem Pengakap Tengku Mahkota, Bandar Tun Abdul Razak, Maran.
Jambori turut disertai oleh 15 orang anak-anak SEMESTA bersama-sama dengan Kontinjen Raub seramai 80 orang pelajar.
Tahniah kepada anak-anak SEMESTA yang berjaya mengharumkan nama Daerah Raub kerana berjaya muncul sebagai johan dalam pertandingan masakan kategori Pengakap Muda/Remaja dan Naib Johan dalam pertandingan Orientering (membina menara) juga dalam kategori Pengakap Muda/Remaja. Satu lagi pertandingan yang dimenangi oleh Daerah Raub adalah pertandingan masakan kategori Pengakap Kanak-kanak yang diwakili oleh SK Ulu Gali.