Program Motivasi Tingkatan 3

Program motivasi murid-murid Tingkatan Tiga yang berlangsung di Kem Budu, Benta. Perasmian penutup disempurnakan oleh Presiden ASTA, En Azahari B Ros.  Gambar  

Ragbi Persahabatan

SEMESTA dikunjungi oleh pasukan ragbi dari SUPERB, Bentong. Perlawanan persahabatan ini merupakan persediaan ke VI 10s. Bagi pasukan U17  Semesta 5 – Superb 12 dan pasukan U15 pula Semesta 10- Superb 10.

Kejohanan Olahraga Daerah 2018

Kejohanan olahraga Daerah Raub yang berlangsung selama 3 hari menyaksikan SEMESTA berjaya mendapat beberapa pingat dalam acara-acara yang dipertandingkan. Gambar Pingat Jumlah Pungutan EMAS 4 PERAK 9 GANGSA 6 

Pemuafakatan Ibubapa, Murid dan Guru

Majlis Pemuafakatan Ibubapa, murid dan guru berjalan dengan baik dengan penuh semangat ukhuwwah ibubapa dan guru.  Gambar 

Pengumuman SPM 2017

Tahniah diucapkan kepada semua murid-murid NewMig2017 yang memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM 2017.

Majlis Watikah Pelantikan Penolong Pesuruhjaya dan Pemimpin Pengakap

Majlis watikah pelantikan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah dan Pemimpin Pengakap Sekolah Daerah Raub 2018 telah diadakan di SKUG. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Daerah Raub merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Daerah Raub, En Nor Ahmad. SEMESTA diwakili oleh En Mohamad Firdaus .

Ziarah KGS

Ziarah KGS menyantuni Puan Salwana Hassan yang menjalani pembedahan baru-baru ini. Semoga bertambah silaturrahim antara warga SEMESTA .

Juara Kriket SBP Pahang

Tahniah diucapkan kepada pasukan kriket SEMESTA yang berjaya meraih juara dalam pertandingan kriket SBP peringkat negeri Pahang .  SEMESTA telah menewaskan INSTAR  98-63 dalam perlawanan akhir. 

Persahabatan Ragbi, KV Bentong

Perlawanan persahabatan pasukan ragbi MAVERICKS SEMESTA dengan Kolej Vokasional Bentong.

BENGKEL MEMBURU A+ SPM 2018

Bengkel anjuran Panitia Bahasa Melayu SEMESTA yang diadakan di Dewan Besar SEMESTA . Penceramah bengkel adalah En. Fakhrul Zaman Bin Ahmad, Munsyi Bahasa/Guru Cemerlang dari SM. AGAMA AL-IHSAN, KUANTAN.