Bengkel Memburu A PT3 BM

Bengkel memburu A berstrategi Bahasa Melayu PT3 yang diadadakan di Dewan AsSyathir.  Penceramah adalah En Fakhrul Zaman B Ahmad. 

Bengkel Topikal Kimia

Bengkel yang diadakan di Dewan Besar SEMESTA ini dibawah seliaan Panitia Kimia dengan penceramahnya Pn Zamaliah, Guru Cemerlang Kimia dari SMK Clifford. Ceramah meliputi Bab Elektrokimia. Semoga amat bermanfaat untuk murid-murid SEMESTA. 

Keputusan ISIPc

 THE INTERNATIONAL SCIENCE INNOVATION AND INTERNATIONAL PUBLIC SPEAKING COMPETITIONS (ISIPc) SESERI – IUMW 2018. SEMESTA berjaya mendapat Bronze Award dalam  Research presentation and poster presentation  Public speaking competition.  Tahniah  

International Innovation and Public Speaking Competition

Pertandingan yang dianjurkan oleh SM Sains Seri Puteri (SESERI) dengan kerjasama International University of Malaya-Wales Kuala Lumpur (IUMW) disertai oleh Ahmad Nafiz, Muhammad Adil Haikal dan Amielia Yusrina dengan En Asraf dan En Zulfadli sebagai guru pengiring. Semoga beroleh kejayaan.

Gatorade 3on3 Basketball Challenge 2018 -SBP

Tahniah kepada pasukan SEMESTA perempuan yang telah berjaya menjadi Johan dan juga tempat ke-3 dalam pertandingan bola keranjang Gatorade 2018 (SBP). Pertandingan yang diadakan di DPulze Shopping Center, Putrajaya juga menyaksikan pasukan lelaki berjaya sehingga suku akhir.

Bengkel Matematik Tambahan 1 SPM 2018

Bengkel Matematik Tambahan SPM 2018 yang diadakan di Dewan Besar SEMESTA dengan penceramah undangan dari Victoria Institutions, Mr Ventakeswaran Ramiah. Semoga memberi impak yang besar dalam SPM 2018. 

Mesyuarat Agung PIBG 2018

  Mesyuarat Agung 2018 yang berlangsung pada hari ini. Semoga barisan kepimpinan sedia ada dan AJK yang baharu dilantik dapat menjalankan peranan yang cemerlang demi kegemilangan SEMESTA . Perasmian penutup dirasmikan oleh En Azahari B Ros, Presiden ASTA. Gambar 

Kejohanan Balapan dan Padang ke-31

Kejohanan tahunan ini telah sampai ke kemuncaknya dengan Rumah Musytari telah dinobatkan sebagai Juara Sukan bagi tahun 2018.  Rumah Marikh menduduki tempat kedua, diikuti oleh Zuhal dan Kejora. Tahniah kepada semua murid-murid, guru-guru dan semua yang terlibat dalam acara sukan tahunan kali ini. Sila klik pada pautan di bawah untuk melihat gambar dan video yang […]

Persidangan Ketua Murid & Penolong Ketua Murid

Persidangan ini diadakan di Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya dan SEMESTA diwakili oleh Muhammad Danial Haikal dan Erisya Norqistina. Berbagai aktiviti yang disediakan bersempena dengan persidangan ini. Gambar

ASTA Royal Gala 2018

ASTA Royal Gala 2018, makan malam amal bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.