Ceramah Kanser

Program kesedaran kanser yang disampaikan oleh Breast Cancer Welfare Association (BCWA) Malaysia.  Program disertai oleh guru-guru dan AKP bersama dengan murid-murid. Program dikira sebagai LADAP.

Larian MTAB 2017

Program larian anjuran Masjid Tengku Abu Bakar, Raub yang disertai juga oleh murid-murid SEMESTA seramai 70 orang bersama dengan beberapa guru dan AKP. Tahniah kepada yang berjaya menghabiskan larian.

Program Bio Tingkatan 4

Program respirasi yis oleh Panitia Biologi untuk murid-murid Tingkatan Empat di Sanggar Bicara. 

Program Pelancaran Roket

Program pelancaran roket oleh Bidang Sains dengan pemantauan dari Panitia Fizik. Program disertai oleh murid-murid Tingkatan Tiga dan diadakan di Padang A, SEMESTA. 

Karnival Sukan dan Permainan 2017

Karnival sukan dan permainan SEMESTA 2017 yang diadakan dari 7-9 November. Sukan yang dipertandingkan antara rumah ini adalah termasuk bola sepak, ragbi, bola keranjang, bola jaring dan petangue. Semoga karnival ini berjalan dengan baik dengan penuh semangat kesukanan.  Gambar Karnival Sukan 

Taklimat Talasemia

Taklimat ringkas ujian talasemia oleh Jabatan Kesihatan Raub kepada murid-murid Tingkatan Empat. 

COC 2017

Program ‘Coaching of Coordinator’ anjuran SBP yang berlangsung di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.  Diwakili oleh 4 orang pengawas dan En Wan Azlan sebagai guru pengiring. 

Program Biologi 2017 Tingkatan 4

Program Jelajah Paya Bakau 2017 yang disertai oleh murid-murid Tingkatan Empat aliran Biologi. 

Ragbi MSSP B15 2017

Tahniah Pasukan Ragbi Bawah 15 Tahun SEMESTA kerana menjuarai kategori BOWL Kejohanan Ragbi MSSP 2017 Bawah 15 Tahun yang berlangsung di SHAH PEKAN dari 27-29/10/2017. Pengurus Pasukan:En. Sumardi Hassan Jurulatih:En. Mohamed Azriq Sidek Terima Kasih diucapkan kepada PIBG SEMESTA atas sokongan kewangan yang telah diberikan kepada pasukan ini.

Hi-Tea Pengawas 2017

Majlis Hi-Tea untuk meraikan sumbangan Pengawas-Pengawas Tingkatan 5 yang akan menamatkan persekolahan mereka di SEMESTA sebagai tanda ucapan terima kasih selepas memberikan khidmat bakti mereka selama 5 tahun.