Bengkel Biologi Daerah Raub

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SUBJEK BIOLOGI SPM 2017 PERINGKAT DAERAH RAUB dari8 .00 a.m – 12.30 p.m bertempat di DEWAN BESAR SEMESTA Guru Terlibat:Pn. Norazura binti JaballudinEn. Mohd. Ashraff Raiez bin Mohd. Ridzuan Terima kasih PIBG SEMESTA dalam memberi sumbangan kewangan berbentuk Yuran Penyertaan Murid.

Kursus Imam

Kursus yang dijalankan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan penceramahnya Ustaz Zulkarnain dari Masjid Gali dari pukul 9.00 am -11.00 am bertempat di Surau Al-Istiqamah, SEMESTA. 

Bengkel Lukisan Kejuruteraan

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB / SEMINAR SUBJEK LUKISAN KEJURUTERAAN SPM 2017 pada pukul 8.00 a.m – 4.00 p.m bertempat di MAKMAL AKADEMIK. Penceramah:En. Kamaruzaid bin Abdul Karim SM.Teknik Kuantan Guru Terlibat:Pn. Syakilla binti LatifEn. Ismail bin Ibrahim Terima kasih PIBG SEMESTA atas sokongan moral dan kewangan dalam menjayakan program ini.

Futsal Negeri 2017

Pertandingan futsal bawah 14 peringkat negeri Pahang. Daerah Raub diwakili oleh SEMESTA. Telah berjaya menjadi naib johan, dengan mata yang sama dengan johan dan hanya dibezakan dengan jumlah jaringan, iaitu Daerah Kuantan. Tahniah juga kepada guru pengiring Cikgu Wan Azlan dan Cikgu Ahmad.

Anugerah Ahli Majlis Perwakilan Kanak-kanak

 Tahniah kepada HAZIQ AL-SADIQIN BIN BAKRI kerana telah dianugerahkan oleh Kementerian Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang dengan Anugerah Ahli Majlis Perwakilan Kanak-kanak Terbaik negeri Pahang. Majlis telah berlangsung di Bentong, Pahang bersempena dengan Bulan Kebajikan Negara 2017. Tahniah, semoga beliau terus cemerlang. 

Majlis Tautan Kasih 2017

Majlis yang diadakan untuk meraikan Permata SPM 2017 ini telah berlangsung dengan amat meriah dan bermakna. Antara pengisian majlis adalah seperti solat hajat, gimik penyerahan anak kepada ibubapa, cabutan bertuah dan persembahan pelajar. Terima Kasih diucapkan kepada Pihak Pentadbir, PIBG, ASTA, GURU-GURU dan AKP serta IBUBAPA/PENJAGA murid yang hadir bersama-sama meraikan Anak2 PERMATA SPM 2017. […]

Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan 2017

Majlis Penutup Bulan Kebangsaan 2017 yang diadakan di Dewan Besar SEMESTA dalam keadaan yang sederhana tetapi meriah.  Tahniah kepada AJK Majlis.

Kelas Patriotik

SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN DAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERTANDINGAN KELAS PALING PATRIOTIK 2017 telah sampai ke kemuncaknya… Menyemai semangat Patriotisme dan Sayangkan Malaysia dikalangan pelajar SEMESTA. Tahniah pelajar-pelajar SEMESTA.

Program Outreach Matematik Tambahan

PROGRAM ACADEMIC OUTREACH SUBJEK MATEMATIK TAMBAHAN di SM SAINS SERI PUTERI (SESERI) KUALA LUMPUR. GURU PENGIRING:EN. FAKHARUDINCIK NURULHASANAH Semoga pelajar2 SEMESTA memperolehi ilmu baru dan pengalaman berharga di sana khususnya dalam menghadapi SPM 2017.  Terima kasih PIBG SEMESTA support bayaran yuran penyertaan program.

Kem Motivasi Tingkatan 2

Kem motivasi untuk murid-murid Tingkatan Dua yang diadakan di Kela Adventure Camp, Hulu Sungai, Raub. Kem selama dua hari satu malam ini dijalankan untuk mengujudkan semangat setiakawan antara pelajar dan meningkatkan motivasi diri dan sahsiah.  Semoga program ini memberi banyak manfaat kepada murid-murid ini. Gambar sepanjang program.