Ceramah Israk Mikraj

Program ceramah sempena Israk Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Shazly. 

Pertandingan Pantun & Pengucapan Berirama

Pertandingan pantun dan pengucapan berirama yang dijalankan pada hari ini sempena bulan bahasa SEMESTA.  Pertandingan mengantikan perjumpaan kokurikulum.

Bengkel Kemahiran Belajar Tingkatan 2

Bengkel kemahiran belajar khas untuk murid-murid Tingkatan 2, yang diadakan di Gimnasium. Bengkel diselaraskan oleh kaunselor SEMESTA dengan penceramah dari SMK Kuala Repas, Bentong Pn. Aziah Hj Aziz.

Keputusan IDRIS 2017

Tahniah kepada murid yang menjadi pasukan SEMESTA dalam IDRIS 2017 (Innovation Design Research International Symposium 2017). Antara projek yang berjaya dalam pertandingan inovasi tersebut adalah:  Biodegradable (Pot Double Gold Award) -Special Award Stack Up Pot  (Gold Award) Interlocking Perforated Plastic (Silver Award) Sea trap (Silver Award) Semoga dengan penganugerahan ini SEMESTA akan lebih matang dan […]

IDRIS 2017

IDRIS 2017 atau International Design Research & Innovation Symposium 2017 yang diadakan di KL Convention Center. Semoga SEMESTA beroleh kejayaan di simposium ini.

Bengkel Kimia

Bengkel Kimia yang diadakan di Dewan Besar SEMESTA dengan penceramah dari SMK Clifford Kuala Lipis, Guru Cemerlang Pn. Zamaliah.

Kriket Liga Juara Sekolah

Pasukan kriket perempuan SEMESTA telah dinobatkan sebagai juara setelah mengalahkan pasukan dari SMK Seri Pekan dalam kejohanan Kriket Liga Juara Juara Sekolah.

Choral Speaking Zon A

Pertandingan Choral Speaking SBP bagi Zon A yang telah diadakan di Sekolah Seri Puteri,  Cyberjaya.  SEMESTA menerima Silver Award dalam pertandingan tersebut.

Bengkel Biologi Kertas 3 F2

Bengkel yang diadakan di Dewan Besar SEMESTA dari 3.00-6.00 pm. Bengkel dipermudahcarakan oleh guru cemerlang biologi dari SMK Seri Raub.

READ LIKE A DETECTIVE

  Bengkel yang dianjurkan oleh PPD RAUB dengan Kerjasama Panitia BAHASA Inggeris Daerah Raub, di SMK Gali dari 8.00 a.m – 2.00 p.m. Disertai oleh  12 orang Pelajar Tingkatan 5 dan 8 orang Pelajar Tingkatan 4.