Johan Bola Jaring Daerah

Pasukan bola jaring SEMESTA menjadi johan untuk kedua-dua kategori yang dipertandingkan oleh MSSD Raub. Tahniah… Semoga terus maju.

Ceramah AFS

Ceramah program AFS yang berlangsung di Dewan Besar SEMESTA. 

Nilam 2017 dan Bulan Bahasa

Pelancaran Bulan Bahasa dan Program Nilam peringkat sekolah. Perasmian disempurnakan oleh Tuan Pengetua dan diserikan oleh beberapa persembahan pelajar. 

AKRAB

Program satu hari dengan kerjasama Persatuan Pelajar Farmasi UiTM. Program termasuklah bengkel dan penerangan tentang Kursus Farmasi di UiTM Shah Alam.   

Bengkel Fizik 1

Bengkel Fizik bersama guru cemerlang dari SBPI Gombak, Cikgu Mohd Shahril, untuk murid-murid SPM 2017. Program dari 8.30-12.30 tgh.

Pandu Puteri Daerah

Perkhemahan Pandu Puteri Daerah Raub yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Dong dari 14-16 April. 

Nadi Kasih 1

Program SBP untuk murid-murid Projek Khas, yang mana program kali ini diadakan di SBPI Gombak dari 14-16 April, semoga program ini memberi banyak manfaat kepada murid-murid ini.

MIYIO 2017

Malaysian International Young Inventor’s (MIYIO) 2017, program tahunan yang diadakan di Pulau Pinang. SEMESTA diwakili oleh 4 pasukan. Semoga beroleh kejayaan. 

Program Motivasi Daerah

Program motivasi SPM Daerah Raub yang diadakan di Dewan AsSyathir SEMESTA Raub. Dihadiri oleh semua murid Tingkatan Lima SEMESTA dan murid-murid berpotensi cemerlang Daerah Raub.  Majlis dirasmikan oleh EN. MUHAMMAD AZRA BIN ABD WAHAB. Semoga Daerah Raub cemerlang dalam SPM 2017.

Pasukan Hoki Perempuan

Pasukan hoki perempuan menduduki tempat ke-dua di dalam kejohanan MSSD Daerah Raub. Keputusan berdasarkan mata. Semesta(0) Tersang (1) Semesta (1) Sungai Ruan (0) Semesta (1) Mahmud (0)