Jambori Antarabangsa Pengakap 2016

Jambori Pengakap Malaysia ke-13 & Jambori Antarabangsa Pengakap Kuala Lumpur 2016 Pengakap ke-30 SEMESTA bersama dengan kontinjen Raub telah menyertai Jambori ini dari 25 November – 1 Disember.   

Thank You Teacher!

Terima kasih dan selamat berjaya di sekolah baharu kepada Teacher Kasmawati yang akan bertukar tempat bertugas pada sesi persekolahan 2017. Thank you Teacher!!

Jamuan Akhir Tahun Tingkatan 3

Jamuan akhir tahun yang dianjurkan oleh murid Tingkatan 3 diadakan di Dewan AsSyathir.   Diserikan juga oleh persembahan oleh murid-murid Tingkatan 3.  

MAG 2016

Majlis tahunan gilang gemilang yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh warga SEMESTA.  Majlis Anugerah Gemilang pada tahun ini diadakan di Dewan AsSyathir dan dirasmikan oleh wakil ASTA, En. Hasnal.  Tahniah Rumah KEJORA, menjadi ‘House of The Year’ pada tahun ini…!!! Suasana majlis gilang gemilang ini….

Program BADAR-UKM

Program jalinan dengan Fakulti Pengajian Islam UKM, Bangi yang diadakan selama sehari semalam. Berbagai perkongsian yang dijalankan. Semoga anak-anak SEMESTA mendapat ilmu yang bermanfaat.   

Karnival Koku Tingkatan 3

Karnival sehari yang melibatkan murid Tingkatan 3. Dibahagikan mengikut rumah dan antara aktiviti nya adalah seperti memasak, memasang khemah dan sukan. Juga disertai oleh APK dan guru sebagai mentor karnival.   

Kursus ‘Look Smart’

Kursus yang dijalankan dengan bantuan Biro Tatanegara (BTN) oleh wakilnya En Azeed di Dewan AsSyathir. lp 

Kursus Pengurusan Jenazah

Kursus pengurusan jenazah wanita oleh Ustazah Fatimah yang diadakan di surau SEMESTA. 

Kursus Haji Tingkatan 4

Amali ibadat haji bagi murid Tingkatan 4 dijayakan oleh Panitia Pendidikan Islam, dengan facilitator nya Ustaz Wan dan Sir Imran. 

Karnival Sukan & Permainan Antara Rumah

Karnival sukan selama 3 hari antara semua rumah sukan yang melibatkan murid Tingkatan 1-4.