Pasukan kriket perempuan SEMESTA telah menjadi naib johan pertandingan kriket wanita yang pertama yang diadakan di SEMESTA 11-13 Mac 2016. Continue reading SEMESTA NAIB JOHAN PERTANDINGAN KRIKET WANITA PERTAMA ASTA-SEMESTA
PENGANJURAN KEJOHANAN KRIKET WANITA
SEMESTA dengan kerjasama ASTA akan menganjurkan pertandingan kriket wanita yang akan berlangsung dari 11 – 13 Mac 2016.
Sebanyak 6 sekolah yang akan bertanding, iaitu; SMK Clifford, SM Seri Pekan, Sekolah Gabungan Sekolah-sekolah Pasir Gudang, INTEJ, SEMASHUR dan SEMESTA.
Semua dijemput bagi memeriahkan acara ini.
KRIKET SEMESTA JUARA INTER SBP PAHANG
Tahniah diucapkan kepada pasukan kriket SEMESTA yang berjaya menjadi Johan pertandingan kriket inter-sbp Pahang dan akan mewakili SBP Pahang ke pertandingan kriket Piala Tan Sri Hamzah.
Gong Xi Fat Cai
Bola Jaring Juara Daerah
Pasukan bola jaring telah menjuarai kejohanan bola jaring peringkat daerah Raub di dalam kedua-dua kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Bawah 15 tahun dan Kategori Bawah 18 tahun.
Tahniah semoga keputusan cemerlang akan dicatatkan juga di dalam kejohanan SBP Pahang di SUPERB nanti.
Selamat Datang dan Selamat Bertugas
Diucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Pengetua SEMESTA yang baharu, Tuan Haji Ali b Alias.
Ikan berenang di dalam lubuk
Ikan belida dadanya panjang
Adat pinang pulang ke tampuk
Adat sirih pulang ke gagang
Selamat Bertugas di Sekolah Baharu
Selamat bertugas di sekolah baharu diucapkan kepada Pengetua SEMESTA, Cik Hajah Kamsuri bt Ibrahim, AMP. Beliau akan bertugas di sebuah sekolah di daerah Bentong mulai minggu hadapan.
Semua warga SEMESTA merasa sedih kerana kehilangan seorang Pengetua yang pengasih namun tegas dan juga terhutang budi dengan beliau sepanjang perkhidmatan beliau di sekolah ini.
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
Selamat Datang Murid Tingkatan 1
Selamat datang dan selamat menjalani minggu silaturrahim (MSR) kepada semua murid-murid baharu Tingkatan 1 2016 (7 Januari – 15 Januari 2016)
Selamat Tahun Baru 2016
Projek Inovasi SEMESTA ke Croatia
Projek inovasi SEMESTA telah mendapat ‘special award’ di pertandingan inovasi yang berlansung di Osnovna škola Grabrik, Croatia pada 5 – 7 November 2015.