Unit Hal Ehwal Murid merupakan satu unit di SEMESTA ini yang bertanggungjawab mengendalikan kebajikan murid-murid. Bidang kebajikan yang dikhaskan untuk unit ini terbahagi kepada tujuh sub unit iaitu :

    • Bimbingan & Kaunseling
    • Disiplin
    • Tajaan dan Biasiswa
    • Skim Pinjaman Buku Teks
    • Asrama
    • Kesihatan
    • Kebajikan

Unit HEM Beriltizam untuk

    • Memupuk nilai-nilai dan amalan disiplin yang baik dikalangan murid-murid
    • Meningkatkan suasana pengajaran dan pembelajran yang menggalakkan dan prestasi bidang rohani serta akademik
    • Merancang dan menyelaraskan segala aktiviti dan program Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
    • Melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru dengan sempurna menerusi Skim Bantuan Biasiswa dan Skim Pinjaman Buku Teks untuk dinikmati oleh semua murid
    • Memberikan bantuan pelajaran berdasarkan syarat tertentu
    • Mengurus dan menyediakan kemudahan asrama dengan memberi tumpuan kepada kebajikan murid