LAGU SEKOLAH dan IKRAR PELAJAR

LAGU SEKOLAH

INILAH SEKOLAH YANG TERCINTA

SEMESTA ITULAH NAMANYA

MENDIDIK DAN MEMBINA

ANAK-ANAK NEGARA

MENCAPAI SEGALA CITA-CITA

KEPADA PARA GURU SEMUA

 

JASAMU TIADA TANDINGNYA

BEKERJA DAN BERUSAHA

TIDAK MENGENAL MASA

DEMI MASA DEPAN KITA

BERILMU, BERAMAL, BERBUDI

SETIAP MASA

PADA RUKUN NEGARA

KAMI AKAN SETIA

OH TUHAN YANG MAHA KUASA

JAYAKANLAH KAMI SEMUA

SELAMAT DAN SENTOSA

SIHAT SETIAP MASA

BERJAYA SEMESTA BERJAYA

  • Sila klik pada pautan di atas (butang ‘play’) untuk mendengar.

 

IKRAR PELAJAR

Bahawasanya kami,
Pelajar SEMESTA,
Berikrar dan berjanji,
Dengan penuh semangat dan kesungguhan,
Akan menumpukan,
Sepenuh perhatian dan usaha kami,
Dalam mencapai,
Kecemerlangan akademik sahsiah dan disiplin,

Kami juga berikrar dan berjanji,
Akan memastikan prestasi kami,
Ke tahap yang terbaik,
Untuk mengekalkan kecemerlangan berterusan,
Sekolah yang kami sayangi,

Kami sayang SEMESTA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sekolah Berprestasi Tinggi KPM