Permohonan SBP 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa murid-murid tahun 6 yang sedang menanti keputusan UPSR 2017 untuk memohon secara online kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2018. Permohonan dibuka mulai 16 Oktober hingga 19 November 2017. Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila layari https://sst1.moe.gov.my

Kejohanan Kriket SBP

SEMESTA akan menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Kriket Kebangsaan SBP (Zon A) bermula dari 2 November 2017 – 5 November 2017. Sebanyak 14 buah SBP dari Zon A akan bersaing untuk melayakkan diri ke Kejohanan Kriket Piala Tan Sri Hamzah nanti.