Keberangkatan KDYMM Tengku Mahkota Pahang ke Raub

Warga SEMESTA merafak sembah mengucapkan selamat datang kepada KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA PAHANGTengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, mencemar Duli untuk berkunjung ke Raub di dalam beberapa program di daerah ini yang mana antaranya adalah menyempurnakan program perasmian Masjid Gali Tengah. Program dijadualkan pada hari Khamis, 18 Mei 2017.

Festival Hari Guru 2017

Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat khususnya bagi warga masyarakat yang mempunyai kaitan dengan dunia pendidikan. Pada tarikh ini, negara kita akan menyambut perayaan Hari Guru dengan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk acara kemuncak yakni penganugerahan Tokoh Pendidik.

Majlis Anugerah Cemerlang & Mesyuarat Agung PIBG ke-32

  Kepada semua ibubapa/penjaga murid-murid SM Sains Tengku Abdullah dijemput untuk menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang  2017 dan Mesyuarat Agong PIBG SEMESTA. Surat jemputan dan surat usul untuk Mesyuarat Agung PIBG boleh diperolehi dipautan ini  http://semesta.edu.my/index.php/download/mesyuarat-agung-pibg-20172018/ *Perasmi jemputan telah ditukar dengan En Fakhrul Hatta b Musa. Harap maklum