
Sepanjang bulan Ramadan 2026, murid-murid SM Sains Tengku Abdullah telah menyertai program Tadarus al-Quran yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi menyemarakkan lagi suasana ibadah dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Program ini melibatkan penyertaan murid dari pelbagai tingkatan yang membentuk kumpulan untuk membaca dan menghayati ayat-ayat suci al-Quran.
Aktiviti tadarus diadakan setiap hari seleas waktu prep petang dan juga lain-lain waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil bagi memudahkan bacaan secara bergilir serta membolehkan mereka saling memperbetulkan bacaan antara satu sama lain.

Program ini bukan sahaja bertujuan untuk mengalakkan murid memperbanyakkan bacaan al-Quran, malah turut membantu meningkatkan kefahaman, kelancaran bacaan serta penghayatan terhadap ajaran Islam. Suasana harmoni dan penuh ketenangan jelas dapat dirasai apabila para murid bersama-sama meluangkan masa mendekatkan diri kepada al-Quran.
Diharapkan program Tadarus al-Quran ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai salah satu usaha membentuk sahsiah murid yang cemerlang dari segi akademik, rohani dan akhlak selaras dengan aspirasi SEMESTA.