Pencapaian SEMESTA di MIYIO 2026

Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) telah menghantar seramai 24 orang murid untuk menyertai Malaysia International Young Inventors Olympiad (MIYIO) 2026 yang berlangsung pada 17 hingga 20 September 2026 bertempat di MidTown Perda, Kubang Menerong, Pulau Pinang.

Sebanyak 8 projek inovasi telah dipertandingkan, merangkumi pelbagai bidang iaitu 1 projek teknologi (SmartCloth), 1 projek kejuruteraan (Vectra Highway) dan 6 projek sains hayat (SproutiGen, Shinsole, Solace, Calmina Balm, TrinoDisc & Pienaver). Penyertaan ini mencerminkan kepelbagaian idea serta keupayaan murid dalam meneroka dan mengaplikasikan ilmu STEM secara kreatif dan inovatif.

Hasil daripada usaha dan komitmen yang tinggi, SEMESTA telah berjaya meraih:

Emas (2) – SmartCloth, SproutiGen
Perak (3) – Shinsole, Solace, Vectra Highway
Gangsa (3) – Calmina Balm, TrinovaDisc, Pienaver

Pencapaian ini menunjukkan kebolehan murid SEMESTA untuk bersaing di peringkat antarabangsa di samping memperoleh pengalaman berharga sepanjang proses penyelidikan, pembangunan dan pembentangan projek.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas kejayaan yang dicapai. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Peserta MIYIO26 SEMESTA