Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) telah menghantar seramai 6 orang murid Tingkatan 4 untuk menyertai Kursus Kenaikan Pangkat Kadet Remaja Sekolah (KRS) Peringkat Daerah Raub yang berlangsung pada 22 hingga 23 September 2026.
Penyertaan ini melibatkan 4 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan yang telah menunjukkan komitmen serta disiplin yang tinggi sepanjang kursus dijalankan.
Dalam kursus tersebut, Muhammad Ariffuddin bin Ady Ryushdan telah berjaya dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Kategori Lelaki.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas pencapaian yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus cemerlang pada masa hadapan.
