SEMESTA Cemerlang di Nadwah Kepimpinan Islam Antarabangsa

Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) telah menghantar wakil untuk menyertai Nadwah Kepimpinan Islam yang berlangsung pada 21 hingga 25 September 2026 bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gopeng, Perak.

Program peringkat antarabangsa ini menghimpunkan para pelajar bagi mengasah kemahiran kepimpinan, komunikasi serta kefahaman dalam bidang dakwah dan sahsiah diri.

Dalam pertandingan yang dianjurkan, wakil BADAR SEMESTA Muhammad Riyadh Asyraf bin Saiful Nizam dan Nurul Irdina Illyazahra binti Mohd Zaid telah berjaya meraih Anugerah Platinum dalam Pertandingan Duo Dai BADAR, sekali gus mengharumkan nama sekolah di peringkat antarabangsa.

Pencapaian ini mencerminkan keupayaan murid SEMESTA dalam mengaplikasikan ilmu serta kemahiran kepimpinan dan komunikasi secara berkesan dalam suasana pertandingan yang kompetitif.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta atas kejayaan yang membanggakan. Semoga terus cemerlang dalam bidang kepimpinan dan sahsiah pada masa hadapan.Wakil BADAR SEMESTA dalam Nadwah Kepimpinan Islam 2026