Permohonan SBP 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa murid-murid tahun 6 yang sedang menanti keputusan UPSR 2017 untuk memohon secara online kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2018. Permohonan dibuka mulai 16 Oktober hingga 19 November 2017. Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila layari https://sst1.moe.gov.my

Kejohanan Kriket SBP

SEMESTA akan menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Kriket Kebangsaan SBP (Zon A) bermula dari 2 November 2017 – 5 November 2017. Sebanyak 14 buah SBP dari Zon A akan bersaing untuk melayakkan diri ke Kejohanan Kriket Piala Tan Sri Hamzah nanti.

Ceramah Siber

Ceramah dengan usahasama ASTA ini akan disampaikan oleh Malaysian Communication and Multimedia Commission pada hari Jumaat 8 September 2017 pukul 9.00 am, bertempat di Dewan Besar SEMESTA. Semua dijemput hadir *ceramah dijalankan oleh CMCF

Selamat Menyambut Hari Raya Korban

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَللهِ الْحَمْدُ Diharapkan dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar, Aidil Adha tahun 2017M/1438H ini meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt. Selamat Hari Raya dari seluruh warga SEMESTA.