JDIE 2017

Tahniah kepada guru-guru dan murid-murid SEMESTA yang menyertai JAPAN DESIGN AND INVENTION EXPO 2017 (JDIE 2017) di TOKYO, JAPAN. SEMESTA telah berjaya mendapat pingat emas dan perak dalam pertandingan tersebut. Tahniah. *lagi gambar di ruangan aktiviti.

Keberangkatan KDYMM Tengku Mahkota Pahang ke Raub

Warga SEMESTA merafak sembah mengucapkan selamat datang kepada KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA PAHANGTengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, mencemar Duli untuk berkunjung ke Raub di dalam beberapa program di daerah ini yang mana antaranya adalah menyempurnakan program perasmian Masjid Gali Tengah. Program dijadualkan pada hari Khamis, 18 Mei 2017.

Festival Hari Guru 2017

Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat khususnya bagi warga masyarakat yang mempunyai kaitan dengan dunia pendidikan. Pada tarikh ini, negara kita akan menyambut perayaan Hari Guru dengan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk acara kemuncak yakni penganugerahan Tokoh Pendidik.