SEMESTA Sync

Dapatkan pengumuman penting dari SEMESTA di telefon pintar anda. Muat turun perisian Sync sekarang. Khusus untuk semua warga SEMESTA (ibubapa, guru, pelajar, alumni dan sesiapa sahaja yang ingin mengikuti pengumuman dari SEMESTA). Maklumat lanjut di http://sync.com.my. Panduan instalasi boleh dimuat turun di http://edu.sync.my/brochure

ANUGERAH DARI MCA

Cikgu Ismail Ibrahim telah dianugerahkan “Volunteer of the Year” oleh Malaysian Crickets Association (MCA) kerana sumbangannya dalam sukan kriket. Anugerah disempurnakan di Bukit Jalil Golf & Country Resort oleh YAM Tunku Tan Sri Imran.

PENGANJURAN KEJOHANAN KRIKET WANITA

SEMESTA dengan kerjasama ASTA akan menganjurkan pertandingan kriket wanita yang akan berlangsung dari 11 – 13 Mac 2016. Sebanyak 6 sekolah yang akan bertanding, iaitu; SMK Clifford, SM Seri Pekan, Sekolah Gabungan Sekolah-sekolah Pasir Gudang, INTEJ, SEMASHUR dan SEMESTA. Semua dijemput bagi memeriahkan acara ini.