Tawaran ke SEMESTA

Tahniah kepada yang telah terpilih untuk menyertai keluarga SEMESTA Raub 2017. Keputusan tawaran ke SBP dibuka hari ini. Semoga anda akan cemerlang di sini. *sila rujuk ruangan “Bahan-bahan dan Unit HEM” untuk persediaan barang keperluan.

Semakan Tawaran ke SBP Tingkatan 1

Semakan tawaran persekolahan Tingkatan 1 bagi sekolah-sekolah berasrama penuh boleh dilakukan di alamat, https://sst1.moe.gov.my. Makluman dari web KPM “SEMAKAN TAWARAN DAN e-RAYUAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN SATU SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2017 akan dibuka mulai 14 Disember 2016 hingga 5 Januari 2017″  Harap maklum.

Permohonan ke SBP 2017

Bagi ibubapa dan penjaga yang berminat untuk menyekolahkan anak-anak jagaan di SBP, tarikh permohonan untuk murid ke Tingkatan 1 ialah 15 Oktober dan Tingkatan 4 ialah 1 Disember 2016 (rujuk imej di atas). Permohonan dibuat secara atas talian di www.moe.gov.my Harap maklum