ANUGERAH DARI MCA

Cikgu Ismail Ibrahim telah dianugerahkan “Volunteer of the Year” oleh Malaysian Crickets Association (MCA) kerana sumbangannya dalam sukan kriket. Anugerah disempurnakan di Bukit Jalil Golf & Country Resort oleh YAM Tunku Tan Sri Imran.

PENGANJURAN KEJOHANAN KRIKET WANITA

SEMESTA dengan kerjasama ASTA akan menganjurkan pertandingan kriket wanita yang akan berlangsung dari 11 – 13 Mac 2016. Sebanyak 6 sekolah yang akan bertanding, iaitu; SMK Clifford, SM Seri Pekan, Sekolah Gabungan Sekolah-sekolah Pasir Gudang, INTEJ, SEMASHUR dan SEMESTA. Semua dijemput bagi memeriahkan acara ini.

Bola Jaring Juara Daerah

Pasukan bola jaring telah menjuarai kejohanan bola jaring peringkat daerah Raub di dalam kedua-dua kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Bawah 15 tahun dan Kategori Bawah 18 tahun. Tahniah semoga keputusan cemerlang akan dicatatkan juga di dalam kejohanan SBP Pahang di SUPERB nanti.